BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Falling Symbols

Tuesday 29 October 2013

KehidupanKu Semester 1 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t



Hai..Serius, semester nie semester yang amat mendugakan bagi saya...
Kepenatannya Allah S.W.T jew yang tahu...Alhamdulillah dengan sokongan rakan sekeliling...

    Ya Allah..Aku hamba-Mu yang lemah...Aku cuma ada Kau dan orang yang Kau berikan padaku untuk membantuku...

Walau apa pun dugaan..Saya akan tetap kuat..untuk mama...

Mama,
   Chah minta maaf..chah xmampu nak bahagiakan mama skarang..InsyaAllah ma, andaikata tamat pengajian chah...chah akan bawa mama ke tempat yang mama paling impikan.. Chah mungkin bukan anak yang baik tapi ma, jom la kita hidup bersama smpai jannah... 
   Walaupun chah bnyak sakitkan hati mama, maafkn chah ma...Keredhaan mama amat chah inginkan .. Chah masih terfikir2..mcamana chah kalau mama xada nanti.. Hidup ke mati chah di bumi Allah S.W.T yang luas nie... Ma, chah harap mama baca post nie.. Chah mungkin bukan anak yang terbaik, tapi chah akan cuba untuk jadi yang terbaik..

Biarpun pengajian saya hampir tidak dapat diteruskan..InsyaAllah..saya akan kuat demi mama tersayang...hidupku hanya ada dua sebab... kerana Allah S.W.T dan untuk berjasa pada Mama...





Wednesday 1 May 2013

.:World Greatest Friends:.

Assalamualaikum w.b.t




Wahh...bersemangat nie nak post tentang kengkawan Eya dekat UPSI...
Alhamdulillah..Eya bersyukur sangat dapat kengkawan yang best2...
Thank korang semua sebab sudi jadi kawan Eya...

Hari nie Eya update blog tentang mereka untuk mengabdikan (InsyaAllah) jalinan ukhwah kita yang terbina hampir satu tahun nie...
Banyak susah dan banyak juga kegembiraan yang kita dah kongsi bersama...

Eya akan mulakan cerita tentang sesetengah orang yang Eya rasa banyak membantu Eya daripada pelbagai segi...Bimbingan, nasihat dan layanan yang kalian berikan amat Eya hargai...
Terima Kasih!!



Dia Chu-Wit Dia PenasihatKu






~Atiq~

Alhamdulillah...Atiq salah seorang rakan yang paling Eya percayai....
Dia Eya selalu jadikan contoh untuk Eya kerja keras...
Kata-kata dia Eya anggap nasihat kepada Eya...

Atiq seorang sahabat yang cekal...Eya kagum sesangat dengan dia...
Kerja dia sentiasa teratur...
Atiq...Terima kasih sebab ikhlas dan sudi berkawan dengan Eya..
Jangan lupa Eya ok....



Dia Orain Dia PenemanKu









 Sorry diba Eya tak minta kebenaran nak masuk gambar Diba...Hehehe

Diba,
Kawan Eya yang paling 'craze'....hahahah
Eya seronok dan selesa sangat duduk dengan dia sebab open...
Kadang-kadang apa yang dia cakap boleh buat Eya ketawa...
Hahaha...Ape2 pun Diba orang pertama yang nampak Eya menangis..

Eya selalu kata dengan Diba...Kami sama tapi perspektif kami tentang TIDUR adalah berbeza..
Hehehe...Kami sama-sama kuat makan...Hehehe
Sama-sama tak boleh tahan bila tengok benda sedap...
Hahaha...Seriuosly, I'm happy for being your friend..
I'm truely thankful...

Thanks Diba sebab selalu ada dengan Eya...Thanks for make me laugh..
Thanks for being my friends...


Dia J.C Dia Sahabatku

Ce tengok reaksi Diba...LOL





J.C...(Jane Carrine)
J.C salah seorang rakan Eya yang craze juga...
Hehehe...telatah dier kadang-kadang cukup buat Eya ketawa...
J.C tak pernah merungut teman Eya pergi mana2..

Walaupun kami berlainan agama, J.C byk berkongsi dan menyenangkan hati Eya..
Dia gak salah seorang kawan yang Eya selesa sangat untuk berborak...
Yang paling best ialah...Dia beri respon pada apa yang Eya bebelkan...
Yelakan...kata diba, Eya nie kuat bercakap...J.C jela yang duk melayan Eya bercerita...
Ketawa dan beri respon pada apa yang Eya cakap walaupun kenyataannya Eya sendiri tak tahu apa yang Eya cakap...Hahaha

J.C..Thanks for being my friend...
Friends and sharing everything with you make me realized that differences was not everything..
You are a great friend for me...TQ..



Dia Khalilah Dia Sekepala denganKu






Najah..
Dia roommate Eya...comelkan??
Hehehe...Najah sekepala dengan Eya sebab tue kami amek keputusan untuk duduk sebilik...
sekarang kami dah sem dua...kami tetap sekepala...
hehehe...nak tahu kenapa kami sekepala??
Kami sama-sama suka dan tak kisah bilik berserabut...Hahahahaha...

Najah, Eya mnta maaf sebab xbagitahu nak masukkan gambar najah nie...Blog Eya tak popular pun...Eya masukkan gambar sekadar untuk melengkapkan blog Eya...xsyok la kan cerita ada, gambarnya tak ada...
Hehehe...Najah salah seorang rakan Eya yang pemurah, baik dan sempoi...
Dia selalu beli jajan (makanan ringan) dan kongsi dengan Eya...Eya lak perabiskan jajan tue...
contohnya choki2...hahahaha

Najah..
Syukran sebab sudi jadi sahabat Eya...Eya mungkin bukan kawan yang terbaik tapi Eya cuba sebaik mungkin Eya...Eya minta maaf kalau Eya termakan choki2 Najah lelebih...
Thanks for being my friends and loyal roommate...TQ..

...Mereka AT23 Mereka Sahabatku..



















Terima kasih semua...All of you are the greatest friends ever...
Walaupun kita tak bertegur sapa...Walaupun kita tak rapat tak semestinya kita bukan KAWAN kn...
terima kasih sebab sama2 berjuang dalam bidang yang kita ceburi skang nie...

~~AT23 Go Go!!~~

TERIMA KASIH







.: KembarKuSepupuKu:.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah setelah sekian lama Eya tak update blog, pagi ini Eya cari sedikit kesempatan
untuk meng'update' blog..

Thanks to my lovely friends for accompanied me this night although all of you already tired...
Love u all...

Amirah Adiba, Jane Carrine, Akira Baharuddin


Rakan SepermainanKu

Kalau kalian perasan la kan...Hari nie tajuk post Eya KembarkuSepupuku kn??
Hari nie Eya nak cerita sikit tentang salah seorang insan yang banyak mempengaruhi Eya sepanjang hidup Eya...

Tadaaa.......


Lovely right???

Inilah sepupu Eya, Maizatul Nur...
Kami rapat sejak kecil...Eya selalu bermalam dekat rumah dia..
Terutamanya time2 cuti sekolah....

Kalau korang nak tahu kami membesar bersama...rasanya sebelum lahir lagi kami dah bermain same2 secara telepati...hahahaha...

Mai, seorang insan yang banyak bantu Eya...Walaupun kami sekarang membawa haluan..
mencari jalan masing2..tapi kami tetap care antara satu sama lain..
Bak dalam fikiran Eya...

Eya lahir bulan Januari (1)
Mai lahir bulan September (9)

Jarak umur kami = 9-1 = 8bulan!!

Yup...Eya tetap gase Eya nie cam kakak pada Mai walaupun kami lahir tahun sama
 (Tak kira nak juga)...Hahaha...
Betul tak?? Eya dah pandai jalan baru Mai lahir...
Kami sama tapi berbeza....



Dia yang Bernama ATOI..
Aku yang Bernama CHAH..

Mesti korang wondering...Sape la plak Atoi & Chah nie kan...
Actually nie nama panggilan kami...Comel kan...
Itu la panggilan kami sejak kecil...

Kalau tak silap Eya la kan, nama kami nie dapat daripada family juga...hehehe..
Kekal dan melekat dengan kuat nama itu sehingga kini...
Eya sendiri masih wondering kenapa nama panggilan kami camtue...

Kami selalu kena marah sebab tak tidur malam..
Bayangkanlah...bercerita daripada malam sampai la ke pagi....
Yang peliknya tue, kami sendiri tak tahu apa yang kami ceritakan...Hahahah
Kanak-kanak kan...ribena lak tue...
Walaupun tak tahu/ingat pe yang kami ceritakan, Eya pasti sangat benda tue menyeronokkan....



Mesej Aku, Si Chah Untuk Dia, Si Atoi

Atoi..
Chah harap sangat kita akan sentiasa rapat dan ceria...
Chah doakan kita sama2 bahagia di dunia dan akhirat...

Andai salah seorang daripada kita tumbang ditolak dugaan,
Chah harap kita akan sentiasa ada disisi untuk dijadikan tempat berpaut..

Andai salah seorang daripada kita terpaksa pergi atas alasan untuk memajukan diri,
Chah harap kita sentiasa berhubung tak kira dengan cara apa sekalipun..
Kerana sesungguhnya, Chah mengaku yang Chah lemah bila salah seorang orang berpengaruh dalam hidup Chah pergi..

dan..

Andai salah seorang daripada kita terpaksa pergi menghadap Ilahi..
Chah harap kita tetap akan selalu berhubung melalui doa dan Al-Fatihah...
Kerana sesungguhnya, Chah tahu...Doa ikhlas oleh seseorang yang kita sayang untuk kita amat berharga dan tak ternilai....

Walau macamana teruk pun Atoi dan walau macamana jahatnya Chah...
Chah tetap berharap, jangan terbina dinding antara kita....

Sebab kita kan SEPUPU KEMBAR....

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau lindungilah mereka yang aku cintai dan sayangi...
Lindungi mereka daripada gangguan syaitan dan api neraka Ya Allah..
Dunia ini terlalu indah...
Nikmat yang Melimpah...
Jangan kau biarkan salah seorang antara kami terbuai arus dunia...
berilah kekuatan dan kesabaran kepada kami...
Limpahi rahmat kepada kami
Tetapkan iman kami..
Sesungguhnya, kami insan Mu yang lemah....
 Amin Ya Rabbal Alamin....


Chah minta maaf atas kekhilafan yang Chah buat tanpa sedar atau sedar..
Chah insan biasa yang masih belajar untuk berdiri di jalan Allah S.W.T


..Terima Kasih..

Thursday 14 March 2013

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini Eya nak kongsi cerita tentang rahsia hidup Eya...


JENG---JENG..JENG...

   Masa darjah 3  

Eya seorang budak yang BLURR...(Biasa la tue kan bdak2).. 
Eya dapat masuk kelas 3 Alfa (Kelas pertama..
Sedangkan sebelum tue Eya kelas 2 Beta (Kelas ke2)..Eya yang tak rapat dengan budak kelas pertama dulu cuma leh terpinga-pinga dalam kelas..Senyap jew..

Di sinilah cinta pertama Eya bermula... I had met this boy...
Comel jew..Pakai songkok, cermin mata dan beruniform pengawas.. 
Oleh sebab kami agak tinggi brbanding murid lain.....
Cikgu Arizah (Guru kelas merangkap cikgu BM) tempatkan kami di barisan paling belakang secara bersebelahan... Eya masa tu cuma boleh diam jew..(Pdahal tgah control cun)..

This boy memang sweet sangat..Kami jadi rapat tidak sampai seminggu pun perkenalan..
Tapi Eya ni jahat, Eya selalu buli dia..Ambil pemadam dia pastue buat permainan...haha
Selalunya kelas seni, dia yang selalu bawa barang best2 untk kami kongsi..
Oleh sebab dia pengawas, dia selalu biarkn Eya duduk dalam kelas masa rehat....

Kami terlalu banyak berbual sampai hampir setiap kelas kami didenda dengan selesaikan soalan dekat papan hitam, ditanya soalan yang pelik2 dan yang paling teruk berdiri dekat depan kelas...
tapi...
Kami jadi BEST FRIEND..



  Kenangan yang Terpahat di Hati  

Kenangan yang Eya maksudkan kenangan yang membuatkan Eya tringat dekat this boy nie...
Cuti penggal akan tiba tak lame lagi...
Hati ni bersemangat datang sekolah sebab pkir nak cuti je tak lama lagi nie...
Kebetulan hari tue this boy nie tak banyak cakap..
Cikgu BI kami, Pn. Norhayati Nekmat ajar kami nama bulan dalam bhasa inggeris..
Eya mase tue terlebih energy..org lain sume brdiri atas lntai eya letak kaki dekat kaki meja...(Nampak kenakalan nya??)
Tengah terjerit-jerit...

JANUARI...FEBRUARY...MAC...APRIL...!!

Tiba-tiba seseorang datang dari belakang & peluk Eya...
Muka Eya memang pucat gile masa tue...Eya terus tolak dia & terus tak tegur dia sampai start cuti..
Eya cuma sempat saling berpandangan dengan dia masa tengah kemas beg nak balik rumah..

Apakan daya, siapa yang boleh duga..Rupanya itu kali terakhir Eya pandang dia..
Selepas dua minggu sekolah bermula barulah Eya tahu yg this boy dah pindah ke Ipoh, Perak..
Apa yang Eya boleh buat?? Eya cuma boleh menangis jew..
Eya mase tue masih kecil nak merayau cari dia sana sini pun tak mampu..
Keputusan Eya masa tue teruk gila... 
Eya mula jadi pendiam..Rasa menyesal tue menyucuk2..
Tempat duduk dia Eya tak bagi sape2 pun duduk...


    Tahun seterusnya...   

Eya masih lagi mencari this boy nie...Walaupun bertahun dah berlalu, nama dia masih terpahat dalam kepala..
Disebabkan 'kenangan' tue terpahat dalam hati, Eya tak pernah lupakan dia..
Eya cari dia merata.. di MYSPACE...FRIENDSTER..
Pantang jumpe atau kenal org Ipoh mesti tanya..
"Kenal tak This Boy??"

Setiap tahun yang berlalu buat Eya sedar yang peluang untuk jumpa dia amat la tipis..
Eya hampir redha...


Eya berdoa...

Ya Allah, aku telah berusaha...kudrat ku hampir tiada..
Mungkin sudah tercatat dia bukan jodoh ku..
Tapi Ya Allah..
Temukanlah kami kembali..
Walaupun sekadar bertentang mata...
Agar dapat aku lepaskan rindu dan kesal dalam hatiku ini dengan ikhlas Ya Allah...
Temukanlah kami sebelum aku menemuiMu Ya Allah Ya Rabil Alamin...



  2010  
   Tahun Bertuah  

Kenapa tahun nie bertuah?? Kalau nak tahu, tahun nie la tahun yang Eya betul2 berubah..
Alhamdulillah.. Sebaik sahaja Eya berubah, Eya dicurahkan macam2 rezeki dan hikmah..
Allah S.W.T Maha Kuasa...

Satu hari, hari ni dalam 2-3 hari nak raya Aidilfitri..Eya naik motor tolong Mama beli barang untuk buat kuih..
Kebetulan Eya terserempak dengan kawan Eya mase darjah tiga dulu, SURIYATI SALIM...
Borak punya borak Eya dapat tahu kawan Eya ni hebat orangnya...Dapat masuk UIA..
Tergerak dalam hati nak cerita kisah dolu2...
Eya pun cerita la tentang this boy dekat dia..tanya dia ingat lagi ke tak..
Tapi muka dia mcam bluurr jew kan..
Tengah syok2 cerita kisah kanak2 ribena, tiba-tiba Suriyati tanya Eya..

"Budak yang kau cerita nie This Boy darjah tiga dulu tue kew??"

Eya pun mengangguk jela kan...Suriyati tiba-tiba senyum buat Eya takut lak..
Dah gila ke kawan aku nie..

"Eya, This Boy nie belajar dekat UIA juga la..Aku selalu juga contact dia"

Hanya Allah S.W.T jelah yang tahu betapa lapangnya...
Betapa gembiranya...
Eya hampir menangis masa tue..
Akhirnya Eya tahu dimana dia......



  Jiwa Kacau  

Suriyati bagi nombor telefon This Boy pada Eya...Masa tue, Allah S.W.T je yang tahu camne kuat berdegup jantung Eya nie...
Tangan Eya menggelatar masa pegang handphone nak smpan no dia...
Tapi Eya nie penakut...Eya takut dia tak ingat Eya...
Eya tak berani nak hubungi dia..
Sampai la malam raya, Eya missed call dia..
Mula2 tak dapat..

Tepat pukul 10.23 malam..
Eya dapat mesej daripada This Boy...
Berlari Eya masuk bilik...

"Salamualaik...Sapa ni??"

Eya takut sangat nak balas..Eya cuma kata..

"Wsalam..kawan lama, kenal tak??"

Masa tue Eya dah tepuk kepala..Dah tentulah dia tak kenal...Nama pun tak sebut lagi...

"Siapa ya? Hafiz ke??"

Macam-macam nama dia sebut...Eya cume balas..

"Solehah.."

Eya pejam mata masa mesej setrusnya masuk..

"SubhanAllah..Tak sangka kita dpat berhubung lagi.."

Masa tue Eya la orang yang paling bahagia..Berlimpah-limpah alhamdulillah Eya ucapkan..
Allah S.W.T...Dia ingat aku...
Kami bermesej tanya keadaan diri sume...

Tapi...

Lepas beberapa hari mesej, This Boy cam tak berminat je nak mesej dengan Eya...
Eya sedih...tapi Eya tak kesal..
Sebab Allah S.W.T tunaikan permintaan Eya..

Satu malam, Eya tergerak hati nak tanya dia dah berpunya atau belum..
Malam tue juga hati Eya hancur sangat-sangat...
Sebab Eya tak jangka itu jawapan dia..

"Dah, saya dah berpunya...Saya sukakan Suriyati.."

Masa tue, Eya rasa macam bodoh sangat...Eya mula menangis...
Eya cuma jawab..

"Oo..Alhamdulillah..Semoga awak bahagia..Saya nak bagitahu nie, ini mesej terakhir saya..Tak baik saya ganggu buah hati orang lain terutama kawan saya sendiri..lagipun awak dah macam tak berminat nak mesej dengan saya..Saya bahagia bila awak bahagia...Salamualaik.."


Eya terus off kan hp dan unfriend kan dia dekat FB..Hati Eya terguris sangat masa tue..
Eya tak menangis sebab dia dah berpunya..
tapi Eya menangis sebab dia sukakan Suriyati, org yang temukan Eya dengan this boy..
Hati Eya hancur...
Pertama kali Eya menangis macam tue..Putus couple pun Eya tak menangis...
Allah S.W.T mendorong Eya untuk berubah...bukan sekadar fizikal tapi juga hati...



Eya post macam2 dekat Facebook..Jiwang2 semuanya..
This boy bagi mesej dekat Facebook...

Kenapa awak off hp nie??
Kenapa awak unfriend saya??
Buka lah hp...
Tolonglah...

Bila Eya buka hp, bertalu mesej masuk...
Satu persatu Eya buka dan baca mesej dia..
Dia call Eya..
Tiba-tiba satu mesej sampai..

Awak, saya gurau jela...kenapa awak kata macam tue??
Kenapa awak jiwang sangat dekat FB nie??
Saya memang macam tue la dengan perempuan..
Saya tak biasa mesej dengan perempuan...
Jangan sedih-sedih tau...

Eya cume leh malu sorang2...
Allah S.W.T uji Eya malam tue..
Eya menangis sekali lagi..walaupun tak tahu sebab ape

Malam tue Eya tak sedar yang Allah S.W.T telah tiupkan satu nikmat yang amat bermakna..
...CINTA..


  Oh My ALLLAH S.W.T  
  He Asked Me  

Selepas peristiwa tue, kami kembali menjadi normal..This boy berubah jadi lelaki yang ceria..
Alhamdulillah..Eya seronok mesej dengan dia...

Satu malam....tepat pukul 3.26a.m..
Kami masih lagi bermesej...Mata Eya ketika itu mula kabur aw..
Mesej tue kejap nampak...kejap tak nmpak dah...
Dia kata ada benda nak cakap..tapi asyik terhenti..
Dia call..Eya angkat...tapi Eya cume dengar..

"Eya......sudi tak......isteri.."

Eya buka mata luas2 dan minta dia ulang balik apa yang dia kate..
Tetba this boy nie end call..
Tak lama kemudian sampai satu mesej...

SOLEHAH SYUHADAH BINTI ALIYAS
Sudi tak awak jadi isteri saya??

Masa tue Eya rasa Eya macam baru je dibangkitkan..Mata terang benderang..
hati asyik mengomel...Betul kew nie...betul kew nie...
Mesej tue Eya baca berulang kali...
Sedar tak sedar Eya mengalirkan airmata...Seronoknya tak terkata...

Some feeling came through..
Feeling how it feel to be proposed to...

Dengan nekad di hati Eya balas dengan senyuman...

"MOHD AFIQ HIZAMIE MOHD AZZAM
Saya sudi jadi isteri awak.."

..Allah S.W.T tiup rasa sayang dan cinta tanpa kami sedar..

Kami bercinta tanpa soalan
'Awak, jadi couple saya bleh?'

Tanpa syarat, dia menerima saya..
&
Tanpa syarat jugalah saya terima dia..


..Cincin Hati Saya..


..Alhamdulillah..

Wednesday 13 March 2013

Assalamualaikum w.b.t



Cuti semester yang lepas Eya ada minta mama Eya ajar Eya untuk mengait..( Crochet )..
Mula-mula mama ajar basic..memang susah nak buat 'tali air'...atau omputeh panggil 'chains'..
Walau camne pun, Eya tetap gak belajar...mula-mula beli benang yang banyak warna..

Mama Eya ajar Eya buat pouch untuk letak hp..Memang jadi tapi tak la sekemas dan secantik cam expert kan...Tapi Eya tetap happy aw sebab at least Eya berjaya juga mengait.. Yeahh!!

Eya teringin sangat nak mengait pown sebab tertarik dengan satu page dekat Facebook nie... 
Creative Muslimah Handmade..
Semua barang cam baju baby, kasut baby dan terutama sekali BEG dia kait..cantik sangat2... Eya tertarik tol...Eya pikir masa tue, kalau la aku pandai mengait tak payah beli beg lagi...Hahahaha..



















Dekat atas dan tepi ni contoh-contoh beg yang dia hasilkan...TABIK kan??...Eya suka sangat follow perkembangan page tue.. Kalau korang pun minat boleh la jenguk-jenguk page tue..

Sekarang Eya banyak buat amigurumi...(patung kecil2 tue)
Eya banyak buatkan untuk kawan-kawan dan ada juga la untuk sedara.. 
Cabaran buat benda amigurumi nie ialah kekurangan barang/sumber...
Tg Malim nie salah satu pekan yang Eya gase menyedihkan juga la..(huhu)..Susah sangat nak cari barangan kraf dekat sini...

 Inilah pouch handphone pertama yang Eya buat..


 Ini beg pertama yang Eya buat rujuk Youtube..



Korang jangan salah fham..Eya bukan nak buat jualan ok..Ini ialah sample warna benang yang Eya tangkap dulu..Eya tak tahu nak pilih warna apa..Minta dekat nyonya tue dier xnak bagi..
Jadi alternatif lain, Eya amek jew la gambar & then decide dekat rumah...hahaha...
Seni betul susunan warna dia kan??


 Amigurumi...Inilah dia..


 Ini bunny-chan..Dia selalu teman Eya pegi klas..



Yang nie pulak strap kad pelajar yang Eya buat khas untuk kawan Eya, Jane Carrine sebagai tanda terima kasih sebab sudi teman Eya masa Eya sengsorang hari nie...Thank J.C!!

Kawan-kawan banyak sruh " Buatlah jualan online Solehah"...maaf ya teman-teman..
Bukannya Eya tak nak, tapi atas faktor masa...Assignment banyak sayang...Hehehe..

Eya sentiasa berdoa agar Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan Eya dan orang yang Eya sayang..
InsyaAllah, Eya akan improve dri Eya agar jadi insan yang lebih baik..Ami~~n...

~~LOVE YOU~~

 
Winking Line Smiley