Thursday, 14 March 2013
Assalamualaikum w.b.t
Kali ini Eya nak kongsi cerita tentang rahsia hidup Eya...
JENG---JENG..JENG...
Masa darjah 3
Eya seorang budak yang BLURR...(Biasa la tue kan bdak2)..
Eya dapat masuk kelas 3 Alfa (Kelas pertama..
Sedangkan sebelum tue Eya kelas 2 Beta (Kelas ke2)..Eya yang tak rapat dengan budak kelas pertama dulu cuma leh terpinga-pinga dalam kelas..Senyap jew..
Di sinilah cinta pertama Eya bermula... I had met this boy...
Comel jew..Pakai songkok, cermin mata dan beruniform pengawas..
Oleh sebab kami agak tinggi brbanding murid lain.....
Cikgu Arizah (Guru kelas merangkap cikgu BM) tempatkan kami di barisan paling belakang secara bersebelahan... Eya masa tu cuma boleh diam jew..(Pdahal tgah control cun)..
This boy memang sweet sangat..Kami jadi rapat tidak sampai seminggu pun perkenalan..
Tapi Eya ni jahat, Eya selalu buli dia..Ambil pemadam dia pastue buat permainan...haha
Selalunya kelas seni, dia yang selalu bawa barang best2 untk kami kongsi..
Oleh sebab dia pengawas, dia selalu biarkn Eya duduk dalam kelas masa rehat....
Kami terlalu banyak berbual sampai hampir setiap kelas kami didenda dengan selesaikan soalan dekat papan hitam, ditanya soalan yang pelik2 dan yang paling teruk berdiri dekat depan kelas...
tapi...
Kami jadi BEST FRIEND..
Kenangan yang Terpahat di Hati
Kenangan yang Eya maksudkan kenangan yang membuatkan Eya tringat dekat this boy nie...
Cuti penggal akan tiba tak lame lagi...
Hati ni bersemangat datang sekolah sebab pkir nak cuti je tak lama lagi nie...
Kebetulan hari tue this boy nie tak banyak cakap..
Cikgu BI kami, Pn. Norhayati Nekmat ajar kami nama bulan dalam bhasa inggeris..
Eya mase tue terlebih energy..org lain sume brdiri atas lntai eya letak kaki dekat kaki meja...(Nampak kenakalan nya??)
Tengah terjerit-jerit...
JANUARI...FEBRUARY...MAC...APRIL...!!
Tiba-tiba seseorang datang dari belakang & peluk Eya...
Muka Eya memang pucat gile masa tue...Eya terus tolak dia & terus tak tegur dia sampai start cuti..
Eya cuma sempat saling berpandangan dengan dia masa tengah kemas beg nak balik rumah..
Apakan daya, siapa yang boleh duga..Rupanya itu kali terakhir Eya pandang dia..
Selepas dua minggu sekolah bermula barulah Eya tahu yg this boy dah pindah ke Ipoh, Perak..
Apa yang Eya boleh buat?? Eya cuma boleh menangis jew..
Eya mase tue masih kecil nak merayau cari dia sana sini pun tak mampu..
Keputusan Eya masa tue teruk gila...
Eya mula jadi pendiam..Rasa menyesal tue menyucuk2..
Tempat duduk dia Eya tak bagi sape2 pun duduk...
Tahun seterusnya...
Eya masih lagi mencari this boy nie...Walaupun bertahun dah berlalu, nama dia masih terpahat dalam kepala..
Disebabkan 'kenangan' tue terpahat dalam hati, Eya tak pernah lupakan dia..
Eya cari dia merata.. di MYSPACE...FRIENDSTER..
Pantang jumpe atau kenal org Ipoh mesti tanya..
"Kenal tak This Boy??"
Setiap tahun yang berlalu buat Eya sedar yang peluang untuk jumpa dia amat la tipis..
Eya hampir redha...
Eya berdoa...
Ya Allah, aku telah berusaha...kudrat ku hampir tiada..
Mungkin sudah tercatat dia bukan jodoh ku..
Tapi Ya Allah..
Temukanlah kami kembali..
Walaupun sekadar bertentang mata...
Agar dapat aku lepaskan rindu dan kesal dalam hatiku ini dengan ikhlas Ya Allah...
Temukanlah kami sebelum aku menemuiMu Ya Allah Ya Rabil Alamin...
2010
Tahun Bertuah
Kenapa tahun nie bertuah?? Kalau nak tahu, tahun nie la tahun yang Eya betul2 berubah..
Alhamdulillah.. Sebaik sahaja Eya berubah, Eya dicurahkan macam2 rezeki dan hikmah..
Allah S.W.T Maha Kuasa...
Satu hari, hari ni dalam 2-3 hari nak raya Aidilfitri..Eya naik motor tolong Mama beli barang untuk buat kuih..
Kebetulan Eya terserempak dengan kawan Eya mase darjah tiga dulu, SURIYATI SALIM...
Borak punya borak Eya dapat tahu kawan Eya ni hebat orangnya...Dapat masuk UIA..
Tergerak dalam hati nak cerita kisah dolu2...
Eya pun cerita la tentang this boy dekat dia..tanya dia ingat lagi ke tak..
Tapi muka dia mcam bluurr jew kan..
Tengah syok2 cerita kisah kanak2 ribena, tiba-tiba Suriyati tanya Eya..
"Budak yang kau cerita nie This Boy darjah tiga dulu tue kew??"
Eya pun mengangguk jela kan...Suriyati tiba-tiba senyum buat Eya takut lak..
Dah gila ke kawan aku nie..
"Eya, This Boy nie belajar dekat UIA juga la..Aku selalu juga contact dia"
Hanya Allah S.W.T jelah yang tahu betapa lapangnya...
Betapa gembiranya...
Eya hampir menangis masa tue..
Akhirnya Eya tahu dimana dia......
Jiwa Kacau
Suriyati bagi nombor telefon This Boy pada Eya...Masa tue, Allah S.W.T je yang tahu camne kuat berdegup jantung Eya nie...
Tangan Eya menggelatar masa pegang handphone nak smpan no dia...
Tapi Eya nie penakut...Eya takut dia tak ingat Eya...
Eya tak berani nak hubungi dia..
Sampai la malam raya, Eya missed call dia..
Mula2 tak dapat..
Tepat pukul 10.23 malam..
Eya dapat mesej daripada This Boy...
Berlari Eya masuk bilik...
"Salamualaik...Sapa ni??"
Eya takut sangat nak balas..Eya cuma kata..
"Wsalam..kawan lama, kenal tak??"
Masa tue Eya dah tepuk kepala..Dah tentulah dia tak kenal...Nama pun tak sebut lagi...
"Siapa ya? Hafiz ke??"
Macam-macam nama dia sebut...Eya cume balas..
"Solehah.."
Eya pejam mata masa mesej setrusnya masuk..
"SubhanAllah..Tak sangka kita dpat berhubung lagi.."
Masa tue Eya la orang yang paling bahagia..Berlimpah-limpah alhamdulillah Eya ucapkan..
Allah S.W.T...Dia ingat aku...
Kami bermesej tanya keadaan diri sume...
Tapi...
Lepas beberapa hari mesej, This Boy cam tak berminat je nak mesej dengan Eya...
Eya sedih...tapi Eya tak kesal..
Sebab Allah S.W.T tunaikan permintaan Eya..
Satu malam, Eya tergerak hati nak tanya dia dah berpunya atau belum..
Malam tue juga hati Eya hancur sangat-sangat...
Sebab Eya tak jangka itu jawapan dia..
"Dah, saya dah berpunya...Saya sukakan Suriyati.."
Masa tue, Eya rasa macam bodoh sangat...Eya mula menangis...
Eya cuma jawab..
"Oo..Alhamdulillah..Semoga awak bahagia..Saya nak bagitahu nie, ini mesej terakhir saya..Tak baik saya ganggu buah hati orang lain terutama kawan saya sendiri..lagipun awak dah macam tak berminat nak mesej dengan saya..Saya bahagia bila awak bahagia...Salamualaik.."
Eya terus off kan hp dan unfriend kan dia dekat FB..Hati Eya terguris sangat masa tue..
Eya tak menangis sebab dia dah berpunya..
tapi Eya menangis sebab dia sukakan Suriyati, org yang temukan Eya dengan this boy..
Hati Eya hancur...
Pertama kali Eya menangis macam tue..Putus couple pun Eya tak menangis...
Allah S.W.T mendorong Eya untuk berubah...bukan sekadar fizikal tapi juga hati...
Eya post macam2 dekat Facebook..Jiwang2 semuanya..
This boy bagi mesej dekat Facebook...
Kenapa awak off hp nie??
Kenapa awak unfriend saya??
Buka lah hp...
Tolonglah...
Bila Eya buka hp, bertalu mesej masuk...
Satu persatu Eya buka dan baca mesej dia..
Dia call Eya..
Tiba-tiba satu mesej sampai..
Awak, saya gurau jela...kenapa awak kata macam tue??
Kenapa awak jiwang sangat dekat FB nie??
Saya memang macam tue la dengan perempuan..
Saya tak biasa mesej dengan perempuan...
Jangan sedih-sedih tau...
Eya cume leh malu sorang2...
Allah S.W.T uji Eya malam tue..
Eya menangis sekali lagi..walaupun tak tahu sebab ape
Malam tue Eya tak sedar yang Allah S.W.T telah tiupkan satu nikmat yang amat bermakna..
...CINTA..
Oh My ALLLAH S.W.T
He Asked Me
Selepas peristiwa tue, kami kembali menjadi normal..This boy berubah jadi lelaki yang ceria..
Alhamdulillah..Eya seronok mesej dengan dia...
Satu malam....tepat pukul 3.26a.m..
Kami masih lagi bermesej...Mata Eya ketika itu mula kabur aw..
Mesej tue kejap nampak...kejap tak nmpak dah...
Dia kata ada benda nak cakap..tapi asyik terhenti..
Dia call..Eya angkat...tapi Eya cume dengar..
"Eya......sudi tak......isteri.."
Eya buka mata luas2 dan minta dia ulang balik apa yang dia kate..
Tetba this boy nie end call..
Tak lama kemudian sampai satu mesej...
SOLEHAH SYUHADAH BINTI ALIYAS
Sudi tak awak jadi isteri saya??
Masa tue Eya rasa Eya macam baru je dibangkitkan..Mata terang benderang..
hati asyik mengomel...Betul kew nie...betul kew nie...
Mesej tue Eya baca berulang kali...
Sedar tak sedar Eya mengalirkan airmata...Seronoknya tak terkata...
Some feeling came through..
Feeling how it feel to be proposed to...
Dengan nekad di hati Eya balas dengan senyuman...
"MOHD AFIQ HIZAMIE MOHD AZZAM
Saya sudi jadi isteri awak.."
..Allah S.W.T tiup rasa sayang dan cinta tanpa kami sedar..
Kami bercinta tanpa soalan
'Awak, jadi couple saya bleh?'
Tanpa syarat, dia menerima saya..
&
Tanpa syarat jugalah saya terima dia..
..Cincin Hati Saya..
..Alhamdulillah..
Labels: cinta, KisahCinta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

.jpg)




0 comments:
Post a Comment