Wednesday, 1 May 2013
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah setelah sekian lama Eya tak update blog, pagi ini Eya cari sedikit kesempatan
untuk meng'update' blog..
Thanks to my lovely friends for accompanied me this night although all of you already tired...
Love u all...
Amirah Adiba, Jane Carrine, Akira Baharuddin
Rakan SepermainanKu
Kalau kalian perasan la kan...Hari nie tajuk post Eya KembarkuSepupuku kn??
Hari nie Eya nak cerita sikit tentang salah seorang insan yang banyak mempengaruhi Eya sepanjang hidup Eya...
Tadaaa.......
Lovely right???
Inilah sepupu Eya, Maizatul Nur...
Kami rapat sejak kecil...Eya selalu bermalam dekat rumah dia..
Terutamanya time2 cuti sekolah....
Kalau korang nak tahu kami membesar bersama...rasanya sebelum lahir lagi kami dah bermain same2 secara telepati...hahahaha...
Mai, seorang insan yang banyak bantu Eya...Walaupun kami sekarang membawa haluan..
mencari jalan masing2..tapi kami tetap care antara satu sama lain..
Bak dalam fikiran Eya...
Eya lahir bulan Januari (1)
Mai lahir bulan September (9)
Jarak umur kami = 9-1 = 8bulan!!
Yup...Eya tetap gase Eya nie cam kakak pada Mai walaupun kami lahir tahun sama
(Tak kira nak juga)...Hahaha...
Betul tak?? Eya dah pandai jalan baru Mai lahir...
Kami sama tapi berbeza....

Dia yang Bernama ATOI..
Aku yang Bernama CHAH..
Mesti korang wondering...Sape la plak Atoi & Chah nie kan...
Actually nie nama panggilan kami...Comel kan...
Itu la panggilan kami sejak kecil...
Kalau tak silap Eya la kan, nama kami nie dapat daripada family juga...hehehe..
Kekal dan melekat dengan kuat nama itu sehingga kini...
Eya sendiri masih wondering kenapa nama panggilan kami camtue...
Kami selalu kena marah sebab tak tidur malam..
Bayangkanlah...bercerita daripada malam sampai la ke pagi....
Yang peliknya tue, kami sendiri tak tahu apa yang kami ceritakan...Hahahah
Kanak-kanak kan...ribena lak tue...
Walaupun tak tahu/ingat pe yang kami ceritakan, Eya pasti sangat benda tue menyeronokkan....


Mesej Aku, Si Chah Untuk Dia, Si Atoi
Atoi..
Chah harap sangat kita akan sentiasa rapat dan ceria...
Chah doakan kita sama2 bahagia di dunia dan akhirat...
Andai salah seorang daripada kita tumbang ditolak dugaan,
Chah harap kita akan sentiasa ada disisi untuk dijadikan tempat berpaut..
Andai salah seorang daripada kita terpaksa pergi atas alasan untuk memajukan diri,
Chah harap kita sentiasa berhubung tak kira dengan cara apa sekalipun..
Kerana sesungguhnya, Chah mengaku yang Chah lemah bila salah seorang orang berpengaruh dalam hidup Chah pergi..
dan..
Andai salah seorang daripada kita terpaksa pergi menghadap Ilahi..
Chah harap kita tetap akan selalu berhubung melalui doa dan Al-Fatihah...
Kerana sesungguhnya, Chah tahu...Doa ikhlas oleh seseorang yang kita sayang untuk kita amat berharga dan tak ternilai....
Walau macamana teruk pun Atoi dan walau macamana jahatnya Chah...
Chah tetap berharap, jangan terbina dinding antara kita....
Sebab kita kan SEPUPU KEMBAR....
Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau lindungilah mereka yang aku cintai dan sayangi...
Lindungi mereka daripada gangguan syaitan dan api neraka Ya Allah..
Dunia ini terlalu indah...
Nikmat yang Melimpah...
Jangan kau biarkan salah seorang antara kami terbuai arus dunia...
berilah kekuatan dan kesabaran kepada kami...
Limpahi rahmat kepada kami
Tetapkan iman kami..
Sesungguhnya, kami insan Mu yang lemah....
Amin Ya Rabbal Alamin....

Chah minta maaf atas kekhilafan yang Chah buat tanpa sedar atau sedar..
Chah insan biasa yang masih belajar untuk berdiri di jalan Allah S.W.T
..Terima Kasih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment