BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Falling Symbols

Wednesday, 1 May 2013

.:World Greatest Friends:.

Assalamualaikum w.b.t




Wahh...bersemangat nie nak post tentang kengkawan Eya dekat UPSI...
Alhamdulillah..Eya bersyukur sangat dapat kengkawan yang best2...
Thank korang semua sebab sudi jadi kawan Eya...

Hari nie Eya update blog tentang mereka untuk mengabdikan (InsyaAllah) jalinan ukhwah kita yang terbina hampir satu tahun nie...
Banyak susah dan banyak juga kegembiraan yang kita dah kongsi bersama...

Eya akan mulakan cerita tentang sesetengah orang yang Eya rasa banyak membantu Eya daripada pelbagai segi...Bimbingan, nasihat dan layanan yang kalian berikan amat Eya hargai...
Terima Kasih!!



Dia Chu-Wit Dia PenasihatKu






~Atiq~

Alhamdulillah...Atiq salah seorang rakan yang paling Eya percayai....
Dia Eya selalu jadikan contoh untuk Eya kerja keras...
Kata-kata dia Eya anggap nasihat kepada Eya...

Atiq seorang sahabat yang cekal...Eya kagum sesangat dengan dia...
Kerja dia sentiasa teratur...
Atiq...Terima kasih sebab ikhlas dan sudi berkawan dengan Eya..
Jangan lupa Eya ok....



Dia Orain Dia PenemanKu









 Sorry diba Eya tak minta kebenaran nak masuk gambar Diba...Hehehe

Diba,
Kawan Eya yang paling 'craze'....hahahah
Eya seronok dan selesa sangat duduk dengan dia sebab open...
Kadang-kadang apa yang dia cakap boleh buat Eya ketawa...
Hahaha...Ape2 pun Diba orang pertama yang nampak Eya menangis..

Eya selalu kata dengan Diba...Kami sama tapi perspektif kami tentang TIDUR adalah berbeza..
Hehehe...Kami sama-sama kuat makan...Hehehe
Sama-sama tak boleh tahan bila tengok benda sedap...
Hahaha...Seriuosly, I'm happy for being your friend..
I'm truely thankful...

Thanks Diba sebab selalu ada dengan Eya...Thanks for make me laugh..
Thanks for being my friends...


Dia J.C Dia Sahabatku

Ce tengok reaksi Diba...LOL





J.C...(Jane Carrine)
J.C salah seorang rakan Eya yang craze juga...
Hehehe...telatah dier kadang-kadang cukup buat Eya ketawa...
J.C tak pernah merungut teman Eya pergi mana2..

Walaupun kami berlainan agama, J.C byk berkongsi dan menyenangkan hati Eya..
Dia gak salah seorang kawan yang Eya selesa sangat untuk berborak...
Yang paling best ialah...Dia beri respon pada apa yang Eya bebelkan...
Yelakan...kata diba, Eya nie kuat bercakap...J.C jela yang duk melayan Eya bercerita...
Ketawa dan beri respon pada apa yang Eya cakap walaupun kenyataannya Eya sendiri tak tahu apa yang Eya cakap...Hahaha

J.C..Thanks for being my friend...
Friends and sharing everything with you make me realized that differences was not everything..
You are a great friend for me...TQ..



Dia Khalilah Dia Sekepala denganKu






Najah..
Dia roommate Eya...comelkan??
Hehehe...Najah sekepala dengan Eya sebab tue kami amek keputusan untuk duduk sebilik...
sekarang kami dah sem dua...kami tetap sekepala...
hehehe...nak tahu kenapa kami sekepala??
Kami sama-sama suka dan tak kisah bilik berserabut...Hahahahaha...

Najah, Eya mnta maaf sebab xbagitahu nak masukkan gambar najah nie...Blog Eya tak popular pun...Eya masukkan gambar sekadar untuk melengkapkan blog Eya...xsyok la kan cerita ada, gambarnya tak ada...
Hehehe...Najah salah seorang rakan Eya yang pemurah, baik dan sempoi...
Dia selalu beli jajan (makanan ringan) dan kongsi dengan Eya...Eya lak perabiskan jajan tue...
contohnya choki2...hahahaha

Najah..
Syukran sebab sudi jadi sahabat Eya...Eya mungkin bukan kawan yang terbaik tapi Eya cuba sebaik mungkin Eya...Eya minta maaf kalau Eya termakan choki2 Najah lelebih...
Thanks for being my friends and loyal roommate...TQ..

...Mereka AT23 Mereka Sahabatku..



















Terima kasih semua...All of you are the greatest friends ever...
Walaupun kita tak bertegur sapa...Walaupun kita tak rapat tak semestinya kita bukan KAWAN kn...
terima kasih sebab sama2 berjuang dalam bidang yang kita ceburi skang nie...

~~AT23 Go Go!!~~

TERIMA KASIH







.: KembarKuSepupuKu:.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah setelah sekian lama Eya tak update blog, pagi ini Eya cari sedikit kesempatan
untuk meng'update' blog..

Thanks to my lovely friends for accompanied me this night although all of you already tired...
Love u all...

Amirah Adiba, Jane Carrine, Akira Baharuddin


Rakan SepermainanKu

Kalau kalian perasan la kan...Hari nie tajuk post Eya KembarkuSepupuku kn??
Hari nie Eya nak cerita sikit tentang salah seorang insan yang banyak mempengaruhi Eya sepanjang hidup Eya...

Tadaaa.......


Lovely right???

Inilah sepupu Eya, Maizatul Nur...
Kami rapat sejak kecil...Eya selalu bermalam dekat rumah dia..
Terutamanya time2 cuti sekolah....

Kalau korang nak tahu kami membesar bersama...rasanya sebelum lahir lagi kami dah bermain same2 secara telepati...hahahaha...

Mai, seorang insan yang banyak bantu Eya...Walaupun kami sekarang membawa haluan..
mencari jalan masing2..tapi kami tetap care antara satu sama lain..
Bak dalam fikiran Eya...

Eya lahir bulan Januari (1)
Mai lahir bulan September (9)

Jarak umur kami = 9-1 = 8bulan!!

Yup...Eya tetap gase Eya nie cam kakak pada Mai walaupun kami lahir tahun sama
 (Tak kira nak juga)...Hahaha...
Betul tak?? Eya dah pandai jalan baru Mai lahir...
Kami sama tapi berbeza....



Dia yang Bernama ATOI..
Aku yang Bernama CHAH..

Mesti korang wondering...Sape la plak Atoi & Chah nie kan...
Actually nie nama panggilan kami...Comel kan...
Itu la panggilan kami sejak kecil...

Kalau tak silap Eya la kan, nama kami nie dapat daripada family juga...hehehe..
Kekal dan melekat dengan kuat nama itu sehingga kini...
Eya sendiri masih wondering kenapa nama panggilan kami camtue...

Kami selalu kena marah sebab tak tidur malam..
Bayangkanlah...bercerita daripada malam sampai la ke pagi....
Yang peliknya tue, kami sendiri tak tahu apa yang kami ceritakan...Hahahah
Kanak-kanak kan...ribena lak tue...
Walaupun tak tahu/ingat pe yang kami ceritakan, Eya pasti sangat benda tue menyeronokkan....



Mesej Aku, Si Chah Untuk Dia, Si Atoi

Atoi..
Chah harap sangat kita akan sentiasa rapat dan ceria...
Chah doakan kita sama2 bahagia di dunia dan akhirat...

Andai salah seorang daripada kita tumbang ditolak dugaan,
Chah harap kita akan sentiasa ada disisi untuk dijadikan tempat berpaut..

Andai salah seorang daripada kita terpaksa pergi atas alasan untuk memajukan diri,
Chah harap kita sentiasa berhubung tak kira dengan cara apa sekalipun..
Kerana sesungguhnya, Chah mengaku yang Chah lemah bila salah seorang orang berpengaruh dalam hidup Chah pergi..

dan..

Andai salah seorang daripada kita terpaksa pergi menghadap Ilahi..
Chah harap kita tetap akan selalu berhubung melalui doa dan Al-Fatihah...
Kerana sesungguhnya, Chah tahu...Doa ikhlas oleh seseorang yang kita sayang untuk kita amat berharga dan tak ternilai....

Walau macamana teruk pun Atoi dan walau macamana jahatnya Chah...
Chah tetap berharap, jangan terbina dinding antara kita....

Sebab kita kan SEPUPU KEMBAR....

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau lindungilah mereka yang aku cintai dan sayangi...
Lindungi mereka daripada gangguan syaitan dan api neraka Ya Allah..
Dunia ini terlalu indah...
Nikmat yang Melimpah...
Jangan kau biarkan salah seorang antara kami terbuai arus dunia...
berilah kekuatan dan kesabaran kepada kami...
Limpahi rahmat kepada kami
Tetapkan iman kami..
Sesungguhnya, kami insan Mu yang lemah....
 Amin Ya Rabbal Alamin....


Chah minta maaf atas kekhilafan yang Chah buat tanpa sedar atau sedar..
Chah insan biasa yang masih belajar untuk berdiri di jalan Allah S.W.T


..Terima Kasih..

 
Winking Line Smiley